Anda menabung? Teringat saya masa kecil dulu, ramai kawan-kawan ada tabung yang bermacam rupa. Yang paling saya ingat ialah tabung dari Tabung Haji, yang bentuk bangunan tu. Menabung kadang-kadang orang biasa anggap ia adalah amalan anak-anak saja. Dah besar panjang tak perlu ada tabung. Pandai-pandailah menyimpan dengan cara yang tersendiri. Sebenarnya tak kisahlah sangat ada tabung ke tak tapi yang penting anda perlu menyimpan wang untuk masa depan. Teringat pula kata-kat Chef Li, “Anda tidak akan kaya jika anda tidak menyimpan”.
Kenapa menabung?
- Menabung untuk masa depan. Selalu dengar kan ayat ni. Memang betul pun. Ia juga untuk simpanan hari tua dan semasa anda bersara kelak.
- Meningkatkan pendapatan Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.
- Mengurangkan sikap berhutang.
- Menggalakkan sikap berjimat-cermat. Inilah masa untuk belajar berjimat. Boleh turunkan ilmu ini kepada anak-anak.
- Sebagai persiapan menghadapi saat-saat kecemasan seperti sumber kewangan yang tidak mencukupi. Takkanlah anda nak pinjam wang dari kawan pula bila dah ‘pokai’. Malu pun ada kan.
- Untuk tujuan pelaburan atau memulakan perniagaan. Wang tabungan mungkin boleh disimpan di bank, dilaburkan dalam unit saham amanah atau dijadikan modal permulaan untuk membuka perniagaan.
- Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.
- Keperluan pendidikan anak-anak, melancong, hiburan dan lain-lain.
Namun, yang menjadi masalah kepada kita ialah kita sering gagal untuk menabung disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang perancangan kewangan dan walaupun tahu, kita tidak mampu bertindak mengikut pelan. Jadi, disini saya senaraikan beberapa tips dan panduan menabung dengan mudah:
TIPS MENABUNG
- Sisihkan wang untuk simpanan di awal bulan sebelum berbelanja, cara ini anda dapat menyimpan lebih banyak wang.
- Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar.
- Gunakan kaedah potongan berjadual agar anda lebih berdisiplin.
- Catat trend perbelanjaan anda setiap bulan. Sediakan dua bekas khas untuk mengisi semua resit belian anda untuk mudahkan pengiraan. Satu bekas adalah untuk resit barangan keperluan. Satu bekas lagi untuk resit barangan kehendak.
- Menetapkan matlamat tabungan yang jelas dan berpatutan.
- Menyediakan belanjawan bulanan keluarga.
- Bahagikan tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh disentuh dan wang tabungan beku iaitu wang tidak boleh disentuh. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian, tidak mustahil ia akan habis begitu saja. Maka sia-sialah usaha anda selama ini untuk menabung.
- Menyimpan dalam bank/institusi yang tidak mempunyai kad ATM.
- Jika anda mendapat bonus, simpanlah sekurang-kurangnya 50% dari wang bonus yang diperoleh. Jika anda menyimpan lebih banyak ia lebih baik.
- Seeloknya buka akaun bank lain bagi mengumpulkan wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan bank gaji anda kerana ia tidak menampakkan wang yang anda simpan. Selain itu, ia mudah untuk anda memeriksa sejumlah wang yang telah anda simpan.
- Membuat pinjaman berhemah untuk tujuan pembelian aset.
- Membuat simpanan tetap.
- Beli barang yang perlu, bukan mengikut nafsu.
- Membeli insurans yang berbentuk pelaburan.
- Buat pinjaman untuk tujuan pelaburan jika perlu.
- Mengelakkan penggunaan kad kredit.
- Elakkan diri daripada sering mengunjungi pusat beli-belah. Walaupun asalnya anda hanya ingin window shopping, tetapi anda mungkin boleh terjebak membeli barang yang tidak sepatutnya apatah lagi jika anda pergi bersama isteri dan anak.
Credit Info : http://alamonline.net/
Thanks for reading!
No comments:
Post a Comment